10/19/2009
HAKIKAT CINTA
HAKIKAT CINTA MENURUT ISLAM Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu berkurang. Apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah s.w. t. mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.” [ Riwayat Bukhari dan Muslim] Dalam Sunan Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah s.w.t. dan membenci kerana Allah s.w.t.” Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu oleh Isma’il bin Yunus, dari Al-Hassan r. a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih- Nya, tetapi Dia telah mengujinya di dunia.” Bagaimanakah yang dikatakan hakikat cinta itu? Banyak mengingati pada yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya. Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau seseorang, maka sudah tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di hati atau menyebutnya dengan lidah. Oleh yang demikian, Allah s. w.t. memerintahkan hamba- hamba- Nya sgsr mengingati-Nya dalam apa keadaan sekalipun sebagaiman yang difirmankan oleh Allah s.w.t.: “Wahai orang- orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah ( dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” [Al-Anfaal:45 ] Tunduk pada perintah orang yang dicintainya dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri. Dalam hal ini, orang yang mencintai itu ada tiga macam: 1. Orang yang mempunyai keinginan tertentu dari orang yang dicintainya. 2. Orang yang berkeinginan terhadap orang yang dicintainya. 3. Orang yang berkeinginan seperti keinginan orang yang dicintainya. Inilah yang merupakan tingkatan zuhud yang paling tinggi kerana dia mampu menghindari setiap keinginan yang bertentangan dengan orang yang dicintainya. Firman Allah s.w. t.: “Katakanlah ( Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [A’li Imran:31] Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasul s.a.w. bersabda: “ Akan timbul di akhir zaman orang- orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang-orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing ( berpura-pura zuhud daripada dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Pada hal hati mereka adalah hati serigala ( mempunyai tujuan- tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Apakah kamu terlampau berani berbohong kepadaKu? Demi KebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri sehingga orang ‘alim ( cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab tekanan fitnah itu)” [ Riwayat At-Tirmidzi] Ibnu Abbas berkata: Allah memerintahkan kepada orang- orang yang beriman agar tidak meredhai kemungkaran yang berlaku di tengah-tengah mereka. Apabila mereka mengakui kemungkaran itu, maka azab Allah akan menimpa mereka semua, baik yang melakukannya mahupun orang-orang yang baik. Umar Ibn Abdul Aziz berkata: Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan yang dilakukan oleh orang-oeang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedangkan mereka (orang ramai) tidak mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa. "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkara wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya"( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan ) Mencintai tempat dan rumah sang kekasih. Di sinilah letaknya rahsia seseorang yang menggantungkan hatinya untuk sentiasa rindu dan cinta kepada Ka’abah dan Baitulahhilharam serta masjid- masjid sehinggakan dia rela berkorban harta dan meninggalkan orang tersayang serta kampung halamannya demi untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang paling dicintainya. Perjalanan yang berat pun akan terasa ringan dan menyenangkan. Bukannya seperti kebanyakan daripada manusia zaman ini yang lebih cintakan harta benda daripada apa yang sepatutnya mereka cintai. Daripada Tsauban r.a berkata: Rasul s.a.w. bersabda: “Hampir tiba suatu masa dimana bangsa- bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi s.a.w. menjawab: Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama nuih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerund terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit “wahan”. Seorang sahabat bertanya: Apakah “wahan” itu hai Rasul s.a. w? Nabi s.a.w. menjawab: Cinta dunia dan takut mati” [Riwayat Abu Daud] Mencintai apa yang dicintai sang kekasih. Dengan mematuhi segala perintah Allah s. w.t. serta mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. “Wahai orang- orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam ( dengan mematuhi) segala hukum- hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata” [Al- Baqarah:208 ] Berkorban untuk mendapatkan keredhaan sang kekasih Keimanan seseorang muslim itu akan lengkap sekiranya dia mencintai Rasulullah s.a.w. dengan hakikat cinta yang sebenar. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seorang daripada kalian sehingga aku menjadi orang yang lebih dicintainya daripada ( cintanya kepada) anak dan bapanya serta sekelian manusia” [Riwayat Asy- Syaikhany, An- Nasaai, Ibnu Majah dan Ahmad] Barangsiapa yang lebih mementingkan orang yang dicintai, maka beliau sanggup berkorban nyawa sekalipun demi untuk membuktikan kecintaannya itu kepada sang kekasih yang dicintainya. Oleh yang demikian, kedudukan iman seseorang masih belum dianggap mantap kecuali menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang paling mereka cintai, lebih besar dari cinta kepada diri mereka sendiri apalagi cinta kepada anak dan seterusnya keluarga dan harta benda. Firman Allah s.w.t.: “Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri[ 1200 ] dan isteri- isterinya adalah ibu-ibu mereka. dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak ( waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang- orang mukmim dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik[1201 ] kepada saudara-saudaramu (seagama). adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Allah)” [ 1200 ] Maksudnya: orang-orang mukmin itu mencintai nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala urusan. [1201 ] yang dimaksud dengan berbuat baik disini ialah berwasiat yang tidak lebih dari sepertiga harta. [ Al-Ahzab:6 ] Cemburu kepada yang dicintai. Orang yang mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sentiasa cemburu hatinya apabila hak-hak Allah s.w. t. dan Rasul-Nya dilanggar dan diabaikan. Dari kecemburuan inilah timbulnya pelaksanaan amal makruf dan nahi mungkar. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t. menjadikan jihad sebagai tanda cinta kepada-Nya. Firman Allah s. w.t.: ”Hai orang- orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang- orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui” [Al-Maaidah: 54 ] Menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah. ”Hai nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti ( keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhan kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan bertawakkallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara” [Al-Ahzab:1-3] ”Dan diantara manusia ada orang- orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106 ] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan- Nya (niscaya mereka menyesal)” [ 106 ] yang dimaksud dengan orang yang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah. [Al-Baqarah:165 ] “ Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum- hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah” [Al- Maaidah:50 ] “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui ( salahnya)” [Al-Baqarah:188 ] Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: aku mendengar Rasul s.a. w. bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit- penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya: Apakah penyakit- penyakit umat- umat terdahulu itu? Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok ( 2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi ( 6) hasut- menghasut sehingga jadi zalim
10/10/2009
BELAJAR DARI ALAM
Kegagalan sering dipahami oleh umumnya manusia sebagai penderitaan, kesulitan, kesengsaraan, ujian berat, krisis besar, dan sejenisnya. Padahal tokoh- tokoh besar dilahirkan dari berbagai krisis besar, kesulitan, peperangan, dan berbagai penderitaan. Allah swt berfirman: “ Sesungguhnya bersama kesulitan akan dating kemudahan.” Mari kita mengambil pelajaran dari peristiwa alam: 1. Emas adalah perhiasan yang digemari oleh banyak orang. Bahkan sebagian dari mereka rela mati untuk mendapatkannya. Emas dihasilkan dari panas api. Semakin panas yang melebur semakin murni emas yang dilahirkan. 2. Berlian adalah permata berharga yang disukai oleh umumnya perempuan. Berlian sebenarnya berasal dari sebongkah batu (berlian mentah), yang menjadi indah dan berharga setelah melalui proses yang keras, digosok dan dioles berkali- kali. Ada suatu kisah: seseorang meninggalkan 4. 046 hektar “batu berlian” untuk mencari berlian di tempat lain, karena ia tidak tahu bagaimana sebenarnya rupa berlian mentah. Richard Nixon berkata: “Setelah menuruni lembah yang terdalam, barulah Anda dapat menilai keindahan gunung yang tinggi. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman pahit untuk melahirkan keunggulan.” Helen Keller berkata: “Karakter tidak dapat dibangun dengan mudah tanpa usaha. Hanya dengan pengalaman ujian dan penderitaan, jiwa kita dapat diperkuat, visi diperjelas, keinginan dan sukses dapat dicapai.”
10/09/2009
Mengatasi Anak yang Bandel Suatu ketika, ada seorang ibu yang mengeluh mengenai anak laki-lakinya. Dia bercerita, anak sulungnya itu sudah kelas V SD. Dia bandel, berani membantah ibunya. Hanya pada ayahnya dia takut. Sang ibu sangat heran dengan perilaku anaknya itu. Anaknya sering membolos sekolah. Bahkan dalam satu pekan sering hanya masuk 3 hari. Wali kelasnya pernah beberapa kali datang ke rumah membujuknya agar kembali ke sekolah. Saat ulangan umum semester pun, wali kelasnya mengantarkan soal agar dikerjakan di rumah. Anaknya rajin menonton televisi, tapi malas mengerjakan sholat. Pernah suatu waktu, sang ibu pergi ke rumah orang tuanya yang berjarak 30 km dari rumahnya. Hal ini dilakukan karena sangat jengkelnya dengan perilaku anaknya dan merasa terbebani karena dianggap tidak mampu mendidik anaknya. Maka tinggallah sang ayah dan si anak saja di rumah. Kemudian sang ayah mengatakan kepada anaknya itu, bahwa ibunya tidak akan pulang sebelum si anak menjemput sendiri dan meminta maaf. Mendengar ayahnya mengatakan seperti itu, si anak kemudian naik sepeda menuju rumah neneknya. Dengan adanya kejadian ini, sang ibu berpikir, anaknya telah berubah. Namun tak disangka, rupanya sang anak kembali seperti sedia kala. Masih mengulangi perbuatan yang membuat ibu dan ayahnya kewalahan. Si ibu bercerita, sudah berbagai cara dilakukan untuk “ menyembuhkan” anaknya ini. Menakut-nakuti si anak, bahwa berani kepada orang tua itu berdosa dan kelak akan tinggal dan disiksa di neraka. Bahkan ke psikolog sudah pernah, ke kyai juga sudah dilakukan. Apa yang disarankan oleh tetua kampung untuk “mbancaki” pun juga sudah dilakukan. Tapi rupanya anak sulungnya juga tidak berubah kondisinya. Yang ada dalam benak sang ibu adalah, bagaimana anaknya kelak ketika sudah beranjak remaja, setelah masuk ke SMP atau sudah besar nanti, apakah akan tetap seperti itu. Lagipula pelajaran di sekolah saat ini juga sulit, apakah anaknya kelak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Thrung thuung thung………………… Aku terhenyak mendengar cerita ibu ini. Aku hanya menghela napas panjang. Ups….betapa tidak ringan tugas seorang ibu. Dalam hati, saya berpikir………duh, saya kan belum pernah jadi ibu, kok dicurhati soal begini ya. :D Tapi tak apalah. Ini cara Allah mendewasakanku ……………Dan saya jadi tertantang juga. Bagaimana mengatasi anak seperti ini. Meski belum menikah, bukan berarti dilarang menulis tentang ini kan? :D Kucoba membaca buku-buku tentang mendidik anak. Seni Mendidik Anak Tanpa Kekerasan karya Dr. Muhammad Fahd Ats- Tsuwaini. Ada yang membuat saya tertarik untuk mengambilnya dari buku itu. Beliau menuliskan, ada beberapa hal yang menyebabkan anak menentang orang tuanya. Antara lain : Ø Kesalahpahaman dan ketidakmengertian Adakalanya menurut orang tua, perintah yang diberikan kepada anak sudah jelas dan gamblang. Namun rupanya, tidak demikian menurut anak. Anak memang merasa kurang mengerti akan apa yang diperintahkan oleh orang tuanya. Anak biasanya kemudian datang dan meminta maaf dan menanyakan apa yang dimaksud oleh orang tua. Biasanya anak seperti ini, karena sedang berkonsentrasi pada hal lain, misalnya : sedang makan, sedang bermain, sedang mengerjakan PR, dll. Cara mengatasi : Saat anak terlena dengan “dunianya” maka, ulangilah perintah itu, atau angkat sediki suara dan sentuhlah dia hingga dia ingat, kemudian ulangilah perintahnya tanpa emosi ataupun marah. Berbaik sangkalah terhadapnya, bahwa ia tidak sengaja. Berbaik sangka terhadap muslim wajib hukumnya, apalagi terhadap anak. Ø Mencari perhatian dan dukungan Bisa jadi, anak membangkang karena ingin mendapatkan perhatian dari orang tuanya. Hal ini bisa saja terjadi, salah satunya karena anak merasa jarang diperhatikan dan hanya bisa berdialog ketika ada yang tidak benar pada anak. Cara mengatasi : mencari motif, kenapa anak melakukan hal itu dan dilanjutkan dengan mengalihkan perintah kepada anak yang lain atau mengerjakan sendiri pekerjaan itu. Dengan demikian, anak akan berterus terang. Dengarkan ia. Sebaiknya langkah ini juga dilaksanakan pada waktu yang tepat untuk mengetahui penyebab anak mencari perhatian. Ø Menunda-nunda Kadang-kadang anak sengaja menolak langsung untuk mengerjakan sesuatu. Dia terpaksa berjanji untuk melaksanakan. Dia pun menundanya hingga merasa siap untuk melaksanakan perintah itu. Hal ini dapat disebabkan karena ketidakmampuan, cara yang kurang sesuai dalam memerintah, atau malas dan capek. Cara mengatasi : Kadang anak merasa tidak mampu untuk mengerjakan karena tidak kuat, belum sampai pikirannya, atau karena malu. Untuk itu, pahamilah bahwa penentangan bisa jadi merupakan ekspresi dari ketidakmampuan. Kadang-kadang orang tua juga memberi perintah kepada anak tanpa melihat situasi, atau saat anak merasa lelah. Untuk itu, lihatlah kondisi, apabila anak sedang lelah, mungkin membutuhkan waktu beberapa saat untuk melaksanakan dalam keadaan tidak terpaksa. Ø Menolak Perintah Orang Tua Tanpa Sebab Kadang-kadang anak menolak melakukan sesuatu dan menunjukkan bahwa “Saya tidak mau”. Dalam hal ini, ada beberapa cara untuk mengatasinya, antara lain : o Mengajari anak arti ketaatan dalam hal yang disukai maupun yang dibenci selama tidak dalam kemaksiatan o Menggunakan cara yang baik dan sesuai ketika meminta o Menggunakan kata-kata yang santun ketika menyuruh o Memahami halangan anak jika memang keadaan demikian o Menjelaskan sebab ketika berbeda pendapat dengan anak atau menjelaskan manfaat bagi orang tua dan anak dalam melaksanakan perintah tersebut o Menjelaskan sebab-sebab lainnya yang dapat mendekatkan jarak antara anak dan orang tua, khususnya dalam hal berbakti kepada orang tua dan pahala akan yang didapat. Rasanya mungkin tidak mudah melakukan semua itu. Namun ada hal yang memotivasi untuk mendidik anak sedemikian rupa, agar menjadi anak yang sholeh. Betapa membahagiakannya memiliki anak yang sholeh. Aset yang sangat berharga, yang membuat pahala tak akan terputus meski ruh telah lepas dari jasad. Untuk mendidik anak agar menjadi anak yang sholeh, qurrota a’yun, tak cukup hanya dengan salah satu ilmu mendidik anak ini, akan tetapi ada banyak hal yang juga diperlukan.
apa itu weblog
APA ITU BLOG.? Blog merupakan kependekan dari WEBLOG, Pertama kali di populerkan oleh JORN BARGER Pada tahun 1997. Dari tahun ketahun perkembangan blog semakin meningkat. BLOG kemudian menysuaikan bentuk sesuai dengan kemampuan para pembuatnya (blogger). Dimana pada awalnya blog hanya merupakan suatu catatan perjalanan yang di online kan. Blog tersebut mempunyai beragam fasiltas yang disediakan bagi blogger, antara lain; 1. Satu user/bloger bisa membuat lebih dari satu blog (multiple blog) 2. Blog menydiakan commenting system, dimana terdapat suatu form untuk mengisikan suatu komentar terhadap berita yang di tampilkan dalam blog. 3. Template yang di sediakan cukup banyak yang menarik sehingga kita tinggal klik 4. Dan masih banyak fasilitas yang lainnya Terdapat banyak istilah dalam blog, antara lain: BLOGER ialah orang ya menulis di dalam blog tersebut. BLOGROL adalah merupakan ling dari website yang dikumpulkan oleh bloger. BLOGHEADDER adalah header dari sebuah halaman bloger. BLOGMAIL adalah pasilitas email yang terdapat dalam blog tersebut. BLOGSIDE adalah kumpulan informasi yang berhubungan dengan bloger yang berisikan daftar blog terbaru yang sedang populer. Apakah anda tahu blog apa yang pertamakali dibuat, Kemungkinan besar adalah halamat what's new yang terdapat pada browser MOSAIC Yang dibuat oleh MARC ANDERSON Pada tahun 1993 Mosaic adalah browser pertama sebelum adanya INTERNET EXPLORER bahkan seblum adanya NETSCAPE. Dalam perkembangan TI sekarang ini blog merupakan suatu langkah singkat untuk membuat suatu berita baik yang bersipat pribadi, kelompok, Sekarang ini sudah banyak provider yang mempunyai banyak fasilitas gratis antara lain: blogger.com wordpress.com blogsome.com blgdrive.com dan masih banyak lagi yang lainnya. Sekarang kita tinggal memilih dan jangan lupa buka tampilan tampilan blog orang lain yang lebih bagus sehingga mampu menambah wawasan kita
Langganan:
Postingan (Atom)